![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQoBA88nMFhqH_vMpkZhF07AdmHh6CAXbA_IEck0Z0BclziRc2r4BUyu-3e8RWe7GR-5lqo2bvODguFcvFjd1MBVmydoUzDzGv78Jp996-YRSjdR6TBQaSnoDH7qB1O9SjRKhvChSxs6k/s640/1.png)
Rakaman kejadian itu berjaya dirakam oleh pemilik premis berkenaan.
Penganalisis jenayah dan keselamatan, Kamal Affendi Hashim berkata berdasarkan rakaman itu, suspek dilihat berpura-pura duduk mencangkung sambil memilih produk di rak jualan.
“Kejadian didakwa berlaku jam 6.10 petang Khamis lalu di pusat beli-belah terkenal di ibu kota. Lelaki itu mengintai di bawah skirt gadis itu tanpa disedari mangsa.
“Bagaimanapun, tindakan itu disedari pemilik kedai yang menjerit sebelum lelaki itu kelam-kabut melarikan diri,” katanya.
Menurut beliau, kejadian seumpama itu membimbangkan kerana insiden yang sama semakin kerap dilaporkan berlaku sehingga menyebabkan wanita berasa kurang selamat.
“Malah, seorang lelaki berusia 20-an turut ditahan polis awal bulan lalu di sebuah pusat beli-belah di Brickfields, di sini, selepas didapati merakam curi paha seorang gadis yang menaiki eskalator,” katanya.