Susulan tersebarnya gambar seorang wanita bersama roti berbentuk alat sulit lelaki, tuan empunya gambar tampil memberikan penjelasan sebenar..


"Tolonglah, Berhenti Sebar Gambar Saya Lagi" – Fauziah

Susulan tersebarnya gambar seorang wanita bersama roti berbentuk alat sulit lelaki, tuan empunya gambar tampil memberikan penjelasan sebenar untuk membersihkan namanya dari terus dikecam netizen.


BACA DI SINI

Dia yang hanya dikenali sebagai Fauziah menjelaskan bahawa perkongsian gambar yang tersebar itu adalah bertujuan untuk memberitahu rakan Facebooknya yang roti seperti itu ada dijual di pasaran.

“Gambar yang saya muat naik sebelum Tahun Baru Cina itu telah dibuang beberapa minggu yang lalu atas nasihat polis, bimbang semakin tersebar. Caption gambar pada masa itu berbunyi lebih kurang begini ‘I don’t know what to say, pelik tetapi benar ada dijual di pasaran.’

“Niat saya hanya untuk memberitahu yang kuih berbentuk alat kelamin lelaki itu berada di pasaran. Saya menemui kuih itu di sebuah kedai runcit. Bagaimanapun, bila saya pergi ke kedai runcit itu hari ini, kuih itu tidak lagi dijual dan pemilik kedai memberitahu pembekal kuih berkenaan tidak lagi mengeluarkannya di atas sebab-sebab tertentu,” jelasnya.

Malangnya, gambar Faridah telah disebarkan tanpa mengaburkan wajahnya menyebabkan dia berasa tidak selamat dan terpaksa membuat laporan polis dan juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di atas sebab gambarnya itu telah dikongsi tanpa kebenaran.

“Peguam menghubungi saya dan menasihatkan untuk membuat laporan polis pada mana-mana pihak yang menyebarkan gambar itu. Sekarang, sesiapa saja yang terlibat, saya akan ambil tindakan undang-undang,” katanya.

Faridah juga berharap orang ramai berhenti menyebarkan gambar dirinya dengan dakwaan yang tidak benar.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »