Inilah Manusia TIDAK BERHATI PERUT!!! Tengok Dan Nilai Sendiri Apa Yang Diikat Pada Tiang Lampu Nih !

Inilah TIDAK berperikemanusiaan, seekor kucing betina telah diseksa sehingga mati pada sebatang tiang di Taman Jaya, Klang, Selangor.

Pengguna Facebook, Wong Che Wey, memuat naik gambar menyayat hati itu di laman sosialnya selepas dia ternampak bangkai haiwan tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, kira-kira pada pukul 6.30 petang, semalam.
Menurut Che Wey, dia begitu terkejut dengan penemuan bangkai kucing itu kerana tidak pernah menjangkakan tindakan kejam sedemikian akan berlaku di kejiranan yang aman dan tenteram.
“Saya telah tinggal di sini selama 30 tahun. Ini kali pertama saya lihat kekejaman sedemikian,” katanya di ruangan komen.
Jelasnya, dia kini sedang mengesan pelaku terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran-jirannya.
Che Wey berkata, memang terdapat banyak kucing dan anjing terbiar di kawasan perumahannya disebabkan sudah beberapa tahun pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak melakukan tinjauan di kawasan berkenaan.
k2
k3
k4
Apa yang menyedihkan, kucing tersebut telah melahirkan empat ekor anak kucing yang kini dijaga seorang jirannya yang sudah berusia.
Che Wey kemudiannya mengebumikan bangkai kucing itu. Catatannya di postingnya turut dibanjiri luahan yang mengecam tindakan keji individu yang menganiaya haiwan tersebut.
Thomas Seah berpendapat: “Kucing itu tidak bersalah. Pesalah itu perlu dihukum kerana menyeksa haiwan.”
Seorang lagi pengguna Facebook, Suraiya Abdullah menyuarakan kesedihannya terhadap kekejaman ke atas kucing itu.
“Gila doe orang seksa kucing ni sampai jadi arwah, kesiannya, menjawab la kat akhirat nanti,” katanya.
Timmy Kueh turut menghentam perbuatan kejam itu dengan menyifatkan ia adalah“tindakan pengecut.”
Posting yang dimuat naik pada 4 Mei itu, menjadi perbualan hangat netizen sehingga mendapat lebih 6,300 perkongsian di Facebook.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »