Dibayar Murah KRU: Ini Pendedahan Sebenar Caliph Buskers



Baru-baru ini terdapat gosip yang mengatakan pihak KRU Music memberi bayaran sedikit kepada kumpulan Caliph Buskers.

Ada yang membuat khabar angin bahawa Caliph Buskers melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan terbabit.

Vokalis Caliph Buskers, Azmi tampil memberi pendedahan hal sebenar:

“Saya terkejut juga diberitahu tentang gosip kami terima bayaran sedikit iaitu RM800 sahaja seorang, sebenarnya Caliph Buskers bergerak sendiri dan bukan di bawah pengurusan KRU Music. 

Tiada sebarang isu tidak puas hati berkaitan bayaran daripada pihak KRU Music pada setiap persembahan yang kami lakukan”

“Namun jika tawaran persembahan datang daripada syarikat terbabit selalunya mereka akan bertanya kepada kami dahulu harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang mereka bayar kepada kami adalah atas persetujuan kami bersama,” 

Jelasnya lagi, harga yang ditetapkan pada setiap persembahan yang ditawarkan adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Nampaknya isu ini tidak benar sama sekali, mungkin ianya adalah fitnah untuk melaga-lagakan kedua-dua belah pihak.

Sumber: mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »