Pelayan Wanita Berseluar Dalam Di Kopitiam Pandan Perdana Mencuri Perhatian Ramai !

Palsu, Wanita Seksi Jadi Pelayan Kafe Bukan Di Ibu Kota

PASTI ramai yang teruja melihat sebuah kafe yang dipenuhi dengan pelayan-pelayan wanita seksi persis model dan anak patung ini.

Koleksi gambar wanita berpakaian separuh bogel tersebar di laman sosial membuatkan ramai tertanya adakah benar kafe tersebut berada di ibu kota Kuala Lumpur.

Palsu, Wanita Seksi Jadi Pelayan Kafe Bukan Di Ibu Kota

Palsu, Wanita Seksi Jadi Pelayan Kafe Bukan Di Ibu Kota

Kafe yang diberi nama Cafe Lu atau Double Lu itu diuar-uarkan di laman Facebook terletak di Pandan Perdana. Majoriti pelayannya dimonopoli wanita seksi ini ternyata menarik minat jejaka-jejaka hidung belang di luar sana.

Selain mempunyai ‘tarikan’ tersebut, wanita-wanita itu menghidangkan makan kepada para pelanggan, malah mereka juga boleh diajak bersembang dan bermain cards serta menonton perlawanan sukan bersama pelanggan.

Palsu, Wanita Seksi Jadi Pelayan Kafe Bukan Di Ibu Kota

Nampaknya, jejaka-jejaka hidung belang di Malaysia berputih mata sahaja kerana kafe tersebut bukan berada di Pandan Perdana tapi jauh di Santa Ana, California, Amerika Syarikat (AS).

Palsu, Wanita Seksi Jadi Pelayan Kafe Bukan Di Ibu Kota Palsu, Wanita Seksi Jadi Pelayan Kafe Bukan Di Ibu Kota

Sebenarnya, Cafe Lu adalah salah satu daripada cafe house yang dimiliki oleh warga Vietnam dikenali sebagai Little Saigon, yang merangkumi Santa Ana, Westminster dan Garden Grove di Selatan California, AS.

Cafe Lu dimiliki oleh Natalie Nguyen iaitu warga Vietnam. Natalie sebenarnya salah seorang daripada pelayan di kafe tersebut sebelum membelinya pada tahun 2003.

Walaupun tidak menghidangkan alkohol dan hanya sekadar pelbagai jenis kopi serta teh selain iced blended, namun ia tetap menjadi tumpuan para pelancong tidak kira siang mahupun malam.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini terjadi. Pada 2009, gambar-gambar kafe seumpama itu pernah tersebar di laman sosial mengatakan ia terletak di ibu kota namun disangkal oleh media Singapura.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »